awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 kawasan di Klang dijangka alami gangguan bekalan air tidak berjadual

Bernama
Bernama
28/02/2022
15:53 MYT
11 kawasan di Klang dijangka alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Sebanyak 11 kawasan di Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 kawasan di Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata pihaknya perlu menjalankan kerja-kerja kecemasan bagi membaiki paip pecah dan bekalan air di kawasan terjejas telah ditutup mulai 8 malam tadi.
Beliau berkata kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada 4 pagi esok dan bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna setelah ia selesai.
"Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
"Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Perkembangan berkaitan gangguan itu akan dimaklumkan menerusi medium komunikasi rasmi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#tidak berjadual
#paip pecah
#Jalan Seruling 59
#Taman Seri Andalas
#Air Selangor
#Elina Baseri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan