awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 lelaki rompak RM1.6 juta di Jalan Klang Lama

Bernama
Bernama
27/01/2016
00:25 MYT
11 lelaki rompak RM1.6 juta di Jalan Klang Lama
Pihak forensik juga sedang mengesan cap jari suspek selain meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
Sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol dan parang menyamun dua pekerja syarikat pengedar emas dan melarikan wang tunai RM1.6 juta di Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.
Insiden berlaku pada pukul 10 pagi ketika kedua-dua pekerja itu termasuk seorang pengawal keselamatan dalam perjalanan menghantar wang jualan emas milik syarikat itu ke sebuah bank di Taman Desa di sini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata mereka yang masing-masing menaiki motosikal kemudian dihampiri 11 lelaki dalam sebuah kereta dan lima motosikal.
Seorang daripada penunggang motosikal itu kemudian bertindak melanggar motosikal dinaiki pengawal keselamatan berusia 54 tahun sebelum kumpulan itu mengacukan pistol dan pisau rambo ke arah kedua-dua mangsa.
"Selepas itu, mereka merampas beg galas mengandungi wang tunai itu daripada pekerja syarikat yang berusia 32 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sharul Othman berkata wang itu adalah hasil kutipan jualan syarikat sejak Jumaat lepas.
Menurutnya akibat perlanggaran itu pengawal keselamatan berkenaan patah bahu kiri manakala satu lagi mangsa cedera ringan di siku kanan.
Beliau berkata nombor pendaftaran salah sebuah motosikal yang digunakan kumpulan perompak itu telah dikenal pasti manakala lakaran fotofit bagi tiga suspek juga sudah diperoleh.
Pihak forensik juga sedang mengesan cap jari suspek selain meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian, katanya.
Sharul Othman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Jalan Klang Lama
#RM1.6 juta
#rompakan
#Sharul Othman Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan