JOHOR BAHRU: Sebanyak 11 pelancong warga Singapura cedera ringan manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 139.9 Lebuhraya Utara Selatan Arah Selatan, dekat Pagoh di Muar, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu, kesemua 12 pelancong yang menaiki van persiaran terlibat kemalangan dengan sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang serta dua kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-30 dan Honda HR-V.
Bagaimanapun beliau berkata kesemua 28 penumpang bas tersebut terselamat dan hanya pemandu bas dan seorang penumpang Mazda mengalami kecederaan ringan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila bas ekspres dalam perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru yang berada di lorong kiri, telah melanggar van persiaran di hadapannya, sebelum van tersebut melanggar Mazda di depannya.
"Mazda berkenaan kemudian telah merempuh sebuah Honda HR-V di hadapannya, sekali gus menyebabkan empat kenderaan terbabit dalam nahas itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas berkenaan adalah negatif dan bebas daripada pengaruh alkohol.
Raiz Mukhliz berkata kesemua individu yang mengalami kecederaan di bawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Farid Mohd Sarjan menerusi kenyataan berasingan berkata sembilan anggota termasuk empat dari BBP Muar dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.
"Empat mangsa didapati tersepit di dalam van persiaran itu dan kesemuanya berjaya dikeluarkan," katanya sambil menambah operasi tamat pada pukul 6.52 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Nahas van persiaran dengan sebuah bas ekspres serta dua kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-30 juga Honda HR-V. -Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Kanak-kanak 11 tahun maut nahas empat kenderaan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 55, Jalan Kuala Kangsar - Gerik dekat Selat Pagar, Gerik pada Isnin.
Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.
11 pelancong Singapura cedera, 1 parah, van persiaran terlibat nahas di Pagoh
Kesemua 28 penumpang bas tersebut terselamat dan hanya pemandu bas dan seorang penumpang Mazda mengalami kecederaan ringan.
Suami isteri maut, tujuh cedera nahas empat kenderaan
Pasangan suami isteri maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, Marang.
Bapa, anak maut nahas empat kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat
Kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Wira, sebuah van, dan dua buah lori.
Pemandu bas maut nahas babit empat kenderaan
Pemandu bas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada akibat tersepit sebelum disahkan meninggal dunia.