MARANG: Pasangan suami isteri maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, nahas berlaku kira-kira jam 8 pagi itu membabitkan Proton Wira, Proton Satria Neo, Perodua MyVi dan Perodua Axia.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Satria dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu terbabas kerana hilang kawalan dan dipercayai terlanggar lopak air di tengah jalan.
"Kereta tersebut memasuki laluan bertentangan dan melanggar tiga kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan bertentangan," katanya kepada pemberita, pada Jumaat.
Menurut Mohd Zain, mangsa, Rozita Mamat, 41, yang merupakan penumpang hadapan Perodua Axia berasal dari Kampung Bukit Depu di Kuala Terengganu disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu, Ahmad Arshad Mamat, 50, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Merchang.
Beliau berkata, tiga lagi penumpang di dalam Perodua Axia mengalami kecederaan parah.
"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 20 2023

Keadaan kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, di sini pada Jumaat.- Foto Sinar Harian

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Suami isteri maut, tujuh cedera nahas empat kenderaan
Pasangan suami isteri maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, Marang.

Suami isteri maut, motosikal terbabas sewaktu pulang dari kenduri kahwin
Sepasang suami isteri masing-masing berusia 26 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25, Jalan Bentong ke Raub hari ini.

Motosikal rempuh pacuan empat roda, sepasang suami isteri maut
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Lebak Moyoh pada Khamis.

Suami isteri, bayi maut kemalangan
Kejadian berkenaan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih tiga kilometer bagi laluan menghala ke utara.

Pesara tembak isteri sebelum tembak diri sendiri
Pergaduhan sepasang suami isteri warga emas berakhir tragedi apabila kedua-duanya maut dengan kesan tembakan dalam kejadian di Kampung Labu Jerantut.

Suami isteri maut kereta terbabas
Tsia Kwai Weng dan isterinya, Hooi Lai Kwean, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami mereka.

Myvi hilang kawalan, suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk.

Suami maut, isteri parah dirempuh kereta penyeludup ketum
Seorang lelaki maut manakala isterinya parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Padang Gelanggang, Ayer Hitam, awal pagi Isnin.

Tiga anak pasangan maut terkena renjatan elektrik dibawa balik ke Sarawak
Ketiga-tiga anak mendiang pasangan suami isteri yang maut akibat renjatan elektrik di rumah mereka di pangsapuri Taman Tringkap Puncak, Cameron Highlands akan kembali ke Kuching esok.

Suami isteri maut motosikal dirempuh kereta
Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 37 tahun dipercayai dilanggar dari belakang.