awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 penceroboh rizab Sungai Klang dituduh di mahkamah hari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2023
00:15 MYT
11 penceroboh rizab Sungai Klang dituduh di mahkamah hari ini
Antara lori yang dirampas polis dalam serbuan di tanah rezab Sungai Klang, Seksyen 36 Shah Alam, 9 Mei lalu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seramai 11 individu yang ditahan untuk siasatan kes pencerobohan tanah rizab Sungai Klang akan dituduh di Mahkamah Shah Alam pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek terdiri daripada lapan warga tempatan, dua warga Indonesia dan seorang warga India.
Menurutnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan mengarahkan kesemua tangkapan dituduh di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.
"Selain itu, seorang daripada mereka juga akan dituduh di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa selain dua akan dituduh di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, kesemua tangkapan akan dituduh di Mahkamah Majistret 1, 2, 3 dan 6 Shah Alam hari ini.
Mengulas lanjut, kata Mohd Iqbal, siasatan mendapati pencerobohan Tanah Rizab Sungai Klang mula berlaku sejak September 2022.
Jelasnya, antara aktiviti haram yang dikesan ialah pembuangan dan penambakan sampah serta sisa pepejal, pengorekan pasir sungai dan tanah.
Susulan itu, polis telah bertindak menahan 11 lelaki terbabit di lokasi terbabit di Seksyen 36, Shah Alam pada 9 Mei lalu.
"Serbuan telah merampas empat buah lori roro serta trak pikap," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes pencerobohan
#rizab Sungai Klang
#Mohd Iqbal Ibrahim
#Mahkamah Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan