awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 penuntut kursus asas komando akan sambung latihan - PTD

Bernama
Bernama
09/12/2013
23:47 MYT
11 penuntut kursus asas komando akan sambung latihan - PTD
Kesemua 11 penuntut kursus asas komando Kem Sungai Udang yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di perairan Selat Melaka akan menyambung kembali latihan setelah disahkan cergas oleh doktor.
Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata kesemua penuntut menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan latihan yang dijalani mereka sejak hampir tiga bulan lepas.
"Dua pertiga daripada mereka (penuntut) telah terkeluar daripada latihan itu kerana tidak mampu menerima dugaan.
"Mereka ini menjalani latihan selama tiga bulan dan kesemua mereka akan dianugerahkan beret hijau (selepas tamat latihan) pada 28 Dis ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Sungai Udang di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abd Rahim Bakri.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut meluangkan masa lebih sejam melawat mangsa.
Dalam kejadian kira-kira 9 malam Sabtu lepas, sebuah daripada tiga bot yang membawa dua pegawai dan 11 penuntut kursus asas komando Kem Sungai Udang bagi menjalani latihan mendayung dikhuatiri karam selepas gagal mendarat bersama kumpulan lain di Pulau Upeh, Melaka.
Kesemua mereka bagaimanapun ditemui selamat namun berada dalam keadaan lemah kira-kira 1.30 pagi ini di pesisiran Pengkalan Perigi, Melaka kira-kira 12km dari lokasi kejadian.
Raja Mohamed Affandi berkata ketabahan penuntut berkenaan boleh menjadi motivasi kepada generasi muda untuk menyertai angkatan tentera sekali gus berkhidmat untuk negara.
Sementara itu, Abd Rahim berkata kesemua penuntut terlibat masih bersemangat tinggi dan tiada seorang pun yang berhasrat untuk meninggalkan latihan yang dijalani mereka. Beliau berkata dua jurulatih yang terlibat juga menunjukkan kemahiran yang tinggi sehingga berjaya mengemudi perahu ke daratan.
"Saya mewakili Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) mengucapkan syukur kerana semua mereka ditemui dalam keadaan selamat," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor
#Kem Sungai Udang
#latihan komando
#orang hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan