awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 remaja ditahan, disyaki terlibat kes buli di asrama

Bernama
Bernama
29/08/2022
09:48 MYT
11 remaja ditahan, disyaki terlibat kes buli di asrama
Polis menahan 11 remaja berusia 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu kes buli membabitkan tiga mangsa iaitu pelajar asrama sebuah sekolah harian pada Khamis lepas. - Gambar hiasan
CHUKAI: Polis menahan 11 remaja berusia 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu kes buli membabitkan tiga mangsa iaitu pelajar asrama sebuah sekolah harian di sini pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt. Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima tiga laporan daripada pelajar lelaki berusia 13 hingga 15 tahun itu, yang mendakwa mereka dipukul oleh beberapa pelajar senior di asrama sehingga cedera.
Susulan laporan itu, beliau berkata pihaknya telah menahan 11 remaja terbabit di asrama sekolah dan rumah masing-masing di sekitar Kemaman hari ini untuk siasatan lanjut.
"Mangsa mendakwa dipukul kerana suspek berang dengan tindakan mereka melaporkan kepada guru perbuatan suspek yang menghisap vape di asrama.
"Akibat kejadian itu, mangsa pertama pecah gegendang telinga kanan, manakala mangsa kedua dan ketiga mengalami lebam di beberapa bahagian badan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hanyan berkata 11 remaja tersebut direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 235 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Beliau juga menasihatkan supaya pihak pengurusan sekolah lebih peka dan mengambil tindakan segera jika terdapat aduan daripada pelajar mengenai kes buli yang boleh membawa kepada kejadian lebih buruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja
#asrama
#kes buli
#pelajar asrama
#sekolah harian
#Polis Daerah Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan