PUTRAJAYA: Kira-kira 11,000 guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bakal dinaik taraf daripada lulusan diploma kepada ijazah sarjana muda, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, pelaksanaan naik taraf guru itu yang bakal memberi lonjakan terhadap pendidikan di Tabika Kemas, akan dibuat secara berperingkat dan ia sedang diselaraskan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dari aspek kewangan dan perjawatan.
"Sekarang ini, silibus Tabika Kemas dan Kementerian Pendidikan sama, cuma guru yang ada di Kemas ada yang kelulusan diploma. Oleh demikian, kami mahu tingkatkan kelulusan tenaga pengajar daripada diploma kepada ijazah," katanya.
"(Kelulusan) guru di Tabika Kemas akan ditingkatkan... bukan kita buang mereka tetapi guru yang ada boleh ambil ijazah sarjana muda," katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KPLB di sini, hari ini.
Pada 5 November tahun lepas, Mahdzir berkata, perjawatan baharu bagi pendidik masyarakat tabika Kemas pada masa depan perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Menurutnya, ia bertujuan meningkatkan profesionalisme warga pendidik masyarakat dan menjamin kualiti pendidikan awal kanak-kanak seiring dengan peredaran masa serta kepesatan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Pelaksanaan naik taraf guru itu yang bakal memberi lonjakan terhadap pendidikan di Tabika Kemas, dan akan dibuat secara berperingkat. - Gambar hiasan/Facebook KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Isu elaun pembantu tabika Kemas di bawah paras gaji minimum dibawa ke Kabinet
Mahdzir berkata, pihaknya akan membawa perkara berkenaan ke Kabinet dalam tempoh terdekat untuk kelulusan kerajaan selepas kertas kerja berkenaan siap sepenuhnya.
11,000 guru tabika Kemas bakal dinaik taraf untuk miliki ijazah sarjana muda
Pelaksanaan naik taraf guru itu yang bakal memberi lonjakan terhadap pendidikan di Tabika Kemas, akan dibuat secara berperingkat.
Ayam masak lemak disyaki punca 137 guru tabika keracunan makanan
Para peserta kursus itu dipercayai mengambil makanan berkenaan pada waktu makan malam di dewan pusat latihan itu, pada Sabtu malam.
137 guru tabika keracunan makanan di Cheras
Seramai 137 guru tabika yang menyertai kursus dua hari di sebuah pusat latihan di Cheras di sini, disyaki mengalami keracunan makanan awal pagi ini.
Guru tabika khalwat dengan adik ipar sendiri didenda
Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan pasangan yang juga adik iparnya, dikenakan hukuman denda RM1,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat.