awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 kematian membabitkan pemandu, penumpang bas Jan-Sept ini

Bernama
Bernama
12/12/2017
05:02 MYT
12 kematian membabitkan pemandu, penumpang bas Jan-Sept ini
Bagi kesalahan yang mengakibatkan kemalangan, pemandu boleh disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41,42 atau 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar hiasan
Sejumlah 12 kematian melibatkan pemandu dan penumpang bas bagi tempoh Januari hingga September tahun ini direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (PDRM), Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata PDRM juga merekodkan 144 kematian melibatkan pemandu dan kelindan lori bagi tempoh yang sama tahun ini.
"Bagi kesalahan yang mengakibatkan kemalangan, pemandu terbabit boleh disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41,42 atau 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengikut mana-mana yang sesuai selepas siasatan dilakukan PDRM," katanya menjawab soalan Senator Sopiah Sharif mengenai jumlah kematian melibatkan kenderaan berat termasuk bas serta denda yang dikenakan.
Liow berkata antara langkah diambil bagi memastikan keselamatan di jalan raya terutamanya bas awam adalah dengan mengadakan aktiviti penguatkuasaan termasuk pemeriksaan secara rawak di terminal bas bagi memastikan bas berada dalam keadaan selamat.
Langkah lain termasuk melakukan sekatan jalan raya dan penyamaran anggota penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penumpang bas pada musim perayaan untuk menahan pemandu bas yang menghisap rokok, mengguna telefon bimbit ketika memandu serta memandu pada kelajuan yang tinggi, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas
#denda
#Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
#kematian
#Liow Tiong Lai
#pemandu bas
#penumpang bas
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan