KUALA LUMPUR: Seorang jurufoto polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bahawa, beliau telah mengambil 12 keping gambar lokasi tempat kejadian dan satu kunci kereta Ferrari di sebuah rumah didiami ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, di Desa Sri Hartamas, di sini tujuh tahun lepas.
Koperal Muhamad Shahmi Yusof, 37, dari Cawangan Fotografi (D6) Bahagian Teknik, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, berkata kesemua gambar itu dirakam pada 27 Nov 2015 selepas beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat kes itu iaitu Inspektor Rosnani Ramli.
"Saya bersama pegawai penyiasat Inspektor Rosnani telah pergi ke rumah tersebut. Saya telah mengambil sebanyak 11 keping gambar tempat kejadian dan satu gambar barang kes. Saya menggunakan kamera jenis digital Canon EOS model 60D dan imej-imej gambar disimpan di dalam kad memori," katanya.
Saksi pendakwaan ketiga itu berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya dalam perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, saksi itu berkata antara gambar-gambar yang diambil adalah bahagian hadapan rumah, ruang menonton televisyen, bilik tidur utama rumah tersebut dan satu barang kes iaitu kunci kereta jenis Ferrari.
Kepada soalan Nur Aishah, siapa berada di tempat kejadian semasa saksi itu pergi ke rumah berkenaan, Muhamad Shahmi menjawab, OKT (Orang Kena Tuduh) SM Faisal.
Nur Aishah: Adakah SM Faisal yang dimaksudkan berada di tempat kejadian.
Muhamad Shahmi: Ya, saya camkan (sambil memandang ke arah SM Faisal yang berada dalam kandang tertuduh).
Sementara itu, semasa pemeriksaan balas oleh peguam SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, saksi itu berkata SM Faisal yang membuka pintu rumah ketika beliau dan pegawai penyiasat tiba di rumah berkenaan.
Akberdin: Siapa buka pintu rumah itu, SM Faisal atau pembantu rumahnya?
Muhamad Shahmi: SM Faisal yang buka.
Akberdin: Awak pasti ke?
Muhamad Shahmi: Pasti.
Mengikut pertuduhan, SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, 43, yang merupakan isterinya (ketika kejadian) di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapaan Majistret Nadia Othman bersambung 1 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Saksi pendakwaan ketiga itu berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya dalam perbicaraan kes SM Faisal. - Gambar hiasan
OIC digesa lerai ketegangan Asia Barat dicetuskan Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin sejak tujuh dekad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Pelan pengurusan bencana jika berlaku kejadian luar jangka
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin beri jaminan, jemaah haji Malaysia musim kali ini tidak perlu risau dengan kemungkinan berlaku bencana luar jangka sama ada di Madinah atau Mekah kerana kerajaan mempunyai pelan pengurusan bencana yang akan dilaksanakan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Sentimen pengundi fasa akhir kempen
Wartawan Firdaus Azil melakukan tinjauan sekitar Kuala Kubu Baharu dalam fasa akhir pilihan raya kecil.
Pamer gambar Agong: Biar polis siasat - Amirudin
Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK KKB, semalam.
PM sentiasa utamakan agenda Pemerkasaan Masyarakat India - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengutamakan agenda "Pemerkasaan Masyarakat India" seiring dengan proses pembangunan negara.
Hannah Yeoh mahu PDRM ambil tindakan terhadap pelaku
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengutuk insiden yang berlaku kepada Faisal Halim. Menurutnya, beliau mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet.
[TERKINI] Faisal Halim dalam keadaan stabil
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Faisal dilaporkan berada dalam keadaan stabil dengan menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.
Malas, lembap, bermasalah bakal tidak naik gaji automatik
Kerajaan bakal memperkenalkan kaedah yang melihat kepada prestasi kerja serta kecekapan penjawat awam bagi menentukan sama ada berhak menerima kenaikan gaji.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Berdasarkan gambar yang dikongsi kepada Astro AWANI, terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal
Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah.
Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas, dibebaskan
Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu.
Mahkamah benarkan perenggan kenyataan Emilia digugurkan
Majistret Nadia Othman memutuskan demikian semasa prosiding kes Emilia, yang didakwa dipukul SM Faisal, lapan tahun lalu.
Bicara kes saman fitnah SM Faisal terhadap aktivis Mona Din bermula 14 Ogos 2023
Perbicaraan kes saman fitnah ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap aktivis, Mona Din ditetapkan selama empat hari bermula 14 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 25 Nov
Perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Emilia yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 25 Nov.
Bekas isteri SM Faisal gagal cabar prosiding komital di Mahkamah Syariah
Emilia Hanafi gagal memperoleh kebenaran bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memulakan prosiding komital terhadapnya.
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 8 Sept
Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya ditangguh.
12 keping foto dirakam di rumah SM Faisal - Jurufoto polis
Kesemua gambar itu dirakam pada 27 Nov 2015 selepas beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat kes itu iaitu Inspektor Rosnani Ramli.
PM Najib sertai Larian Obor KL 2017
Perdana Menteri menyempurnakan larian beliau bermula dari pekarangan KLCC ke Menara Naza di Persiaran KLCC.