awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM

Bernama
Bernama
27/03/2023
15:34 MYT
12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto BERNAMA
PHNOM PENH: Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pihak Kedutaan Malaysia di sini akan menguruskan pembebasan kesemua 12 individu berkenaan esok.
"Ini maklumat terbaharu yang diterima, selain daripada yang diumumkan sebelum ini, berita terbaharu ada 12 lagi berjaya dibebaskan," katanya pada sidang media di akhir lawatan rasmi sehari ke Kemboja hari ini.
Pada sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen petang tadi, Anwar berkata setakat ini 287 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim memberitahu Bernama berdasarkan maklumat yang diterima, kesemua 12 individu itu berada dalam senarai nama yang dilaporkan hilang.
Beliau berkata pihaknya akan ke lokasi mangsa esok untuk urusan membawa pulang semua mereka.
"Sekiranya keluarga telah melengkapkan semua dokumen termasuk tiket penerbangan balik, mungkin semua mangsa dapat pulang ke tanah air pada hari Sabtu atau Ahad," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Malaysia
#sindiket penipuan kerja
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Kedutaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan