KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di 12 lokaliti baharu, manakala satu lokaliti ditamatkan manakala sembilan lagi dilanjutkan.

Dalam kenyataan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), lokaliti baharu itu membabitkan Sabah dan Pahang, bermula 19 Ogos sehingga 1 September.

Lokaliti terlibat di Sabah ialah Kampung Kuala Abai dan Kampung Payas-payas, Kota Belud; Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park, Penampang; Kampung Iburu dan Kampung Meligan, Sipitang; Taman Ria Height, Tawau; Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu; dan Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran.

Di Pahang pula, lokasi terlibat ialah Felda Jenderak Utara, Temerloh dan Ladang Selbourne di Kuala Lipis.

Sementara itu, PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3 di Raub, Pahang, pula dilanjutkan sehingga 25 Ogos.

Sembilan lokaliti yang ditamatkan PKPD ialah Felda Krau 1, Raub serta tiga lokaliti di Terengganu iaitu Taman Rakyat Bestari Fasa 1- 4 dan Rumah Awam Kos Rendah 1 dan 2, Bukit Kuang, Kemaman serta Mukim Manir, Kuala Terengganu.

Turut ditamatkan PKPD ialah empat lokaliti di Sabah iaitu Kampung Banjar, Keningau; Kem 3 Sibulu, Tenom; Penampang Baru, Penampang; dan Depot Tahanan Imigresen, Tawau.

PKPD di satu lagi lokalit iaitu Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, Kelantan, turut ditamatkan mengikut jadual.