Dua belas orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan polis dan pelbagai agensi lain bagi pemutihan bandaraya Johor Bahru yang dijalankan selama tiga jam, bermula pukul 2 petang ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata lapan warga Bangladesh, tiga warga India dan seorang warga Nepal itu ditahan oleh Imigresen Setia Tropika Johor Bahru.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.
"Dalam operasi sama, Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru Selatan turut menahan seorang warga tempatan kerana memiliki empat biji dadah jenis ecstasy dan dia disiasat di bawah Sekyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Turut dirampas dalam operasi itu 125 botol minum keras pelbagai jenama.
Shahurinain berkata sebanyak 35 premis telah diperiksa iaitu lapan buah hotel, dua rumah tumpangan, sebuah tempat pengurup wang berlesen dan 24 premis lain.
Beliau berkata 77 orang diperiksa dalam operasi itu yang bertujuan untuk membersihkan kawasan bandaraya Johor Bahru daripada kegiatan jenayah, dadah, gejala ulat parkir, gelandangan dan gejala sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2019
Anggota Polis bersama pelbagai agensi lain menahan dua belas orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Bersepadu bagi pemutihan Bandaraya Johor Bahru yang dijalankan selama tiga jam. - Foto BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
12 PATI ditahan dalam operasi bersepadu pemutihan di Johor Bahru
Dua belas orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan polis dan pelbagai agensi lain bagi pemutihan bandaraya Johor Bahru.