KUALA LUMPUR: Penambaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah melalui 12 sesi libat urus dalam tempoh hanya lima bulan sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata kesemua sesi itu dipengerusikannya sendiri bersama kesemua pihak berkepentingan sejak Februari tahun ini dan akan diteruskan.
"Proses reformasi undang-undang mengambil masa tetapi proses tersebut telah pun bermula dan saya yakin bahawa syor-syor berhubung cadangan penambahbaikan kepada Akta SOSMA 2012 akan diangkat untuk pertimbangan kerajaan dalam masa yang terdekat," katanya kepada Bernama.
Antara lain Seksyen 4(1) akta berkenaan memperuntukkan bahawa penahanan terhadap seseorang individu yang dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan boleh dibuat tanpa waran, manakala Seksyen 4(5) menyatakan bahawa setiap penahanan di bawah akta itu boleh dibuat sehingga 28 hari bagi maksud penyiasatan.
Namun mengikut Seksyen 4(11), peruntukan di bawah subseksyen 5 itu perlu disemak semula setiap lima tahun sama ada wujud keperluan penguatkuasaannya dilanjutkan.
Pada 27 Julai tahun lepas usul lanjutan semula subseksyen 5 diluluskan di Dewan Rakyat untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai 2022, melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju, 88 tidak bersetuju dan 21 tidak hadir.
Pada Februari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat memansuhkan akta berkenaan, namun akan melaksanakan penambahbaikan.
Ini menurut Saifuddin Nasution disebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang berkenaan agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Isnin lepas, media melaporkan kira-kira 100 ahli keluarga kepada 69 tahanan bawah akta berkenaan melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh bagi menggesa kerajaan membebaskan semua tahanan dan memansuhkan undang-undang.
Bagaimanapun, kesemua mereka telah menamatkan protes itu semalam, selepas Ramkarpal mengadakan pertemuan dengan mereka di lokasi dan memberikan penjelasan selama hampir tiga jam setengah.
Ramkarpal mengakui setakat ini tiada perbincangan mengenai pemansuhan akta berkenaan dan kesemua ahli keluarga tahanan jelas mengenai keputusan kerajaan berkenaan.
Beliau berkata kerajaan kini giat meneliti penambahbaikan bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa.
Ini terutamanya, berhubung peruntukan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan selesai tidak dibenarkan di bawah akta tersebut, melainkan seseorang itu berumur di bawah 18 tahun atau seorang perempuan atau seorang yang sakit atau uzur.
"Perbincangan mengenai hala tuju dasar berhubung usaha ini sedang diadakan bersama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Ramkarpal mengakui setakat ini tiada perbincangan mengenai pemansuhan akta berkenaan dan kesemua ahli keluarga tahanan jelas mengenai keputusan kerajaan berkenaan. - Gambar fail
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Dadah: 'Jerung' besar jadi sasaran polis - Timbalan Ketua Polis Negara
Lebih ramai 'jerung' bakal dicekup polis dalam usaha menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di negara ini.
SOSMA perlu meluas bagi lumpuhkan sindiket jenayah - Ayob Khan
Keberkesanan SOSMA dapat dilihat, antaranya untuk membanteras sindiket penyeludupan manusia ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor.
Teroka REE: Saifuddin dedah ada elemen pemerdagangan manusia dan buruh paksa
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, wujud elemen pemerdagangan manusia dan buruh paksa dalam kes penerokaan nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik, Kedah awal tahun ini.
Benarkan ikat jamin tahanan SOSMA antara syor penambahbaikan
Beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah diadakan dan syor-syor yang diterima akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
12 sesi libat urus tambah baik akta SOSMA dalam tempoh lima bulan - Ramkarpal
Penambaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah melalui 12 sesi libat urus dalam tempoh hanya lima bulan sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk.
Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh
PDRM tidak menolak kemungkinan untuk menahan kumpulan perhimpunan yang masih berada di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh.
Syor penambahbaikan SOSMA diangkat untuk pertimbangan dalam masa terdekat - Ramkarpal
Cadangan penambahbaikan SOSMA 2012 sedang diteliti bersama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
Wanita diperdaya RM3.5 juta bebaskan anak dipenjara
Mangsa ditipu dalam urusan untuk membebaskan anak perempuannya yang sedang dalam tahanan di Penjara Kajang atas kesalahan ATIPSOM/SOSMA sejak 2019.
Kerajaan tak mansuh SOSMA - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, undang-undang keselamatan yang berada di bawah tanggungjawab kementerian termasuk SOSMA masih relevan.
SOSMA langkah ke hadapan, perlu dikekalkan - Penganalisis
Pada 26 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) SOSMA untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai.