PETALING JAYA: Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata syarikat berkenaan adalah Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP); Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT); Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX).
Katanya ia juga melibatkan Lebuhraya Sungai Besi; Lebuhraya Baru Pantai (NPE); Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH); Lebuhraya Koridor Guthrie; Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
"Setakat ini, ini adalah syarikat konsensi yang setuju melaksanakan sistem pembayaran terbuka, yang lain rundingan masih dibuat dan kita berharap ada lagi yang tampil untuk bersama mengambil bahagian," katanya selepas melawat Pusat Pemantauan Trafik (TMC) Menara Korporat, Persada PLUS di Subang di sini hari ini.
Nanta berkata perbincangan dengan syarikat konsensi mengambil masa yang lama kerana perlu meneliti risiko keselamatan yang akan ditanggung oleh pengguna kad kredit atau debit untuk pembayaran tol.
"Kita nak pastikan semua isu-isu keselamatan itu tidak berlaku jadi kita tidak boleh buat tergesa-gesa pelaksanaannya," katanya.
Sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula pada pertengahan September ini adalah inisiatif kerajaan untuk memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna selain daripada menggalakkan kaedah pembayaran secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kad Touch n Go dan SmartTag.
Mengenai usaha untuk menaik taraf beberapa laluan lebuh raya, Nanta berkata kerja-kerja awalan kini sedang dilakukan termasuk melebarkan laluan Lebuhraya Pasir Gudang dan Sedenak, Johor membabitkan peruntukan RM525 juta.
"Peruntukan adalah di bawah Belanjawan 2023 dan apabila telah diluluskan, kerja-kerja awal sudah dibuat dan kita serahkan pada PLUS untuk melaksanakan sepenuhnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemantauan Trafik (TMC) di Persada PLUS hari ini. - Foto BERNAMA
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
12 syarikat konsesi setuju laksana sistem pembayaran terbuka - Nanta
Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
ALR capai persefahaman dengan Kesas, Sprint, Litrak berhubung tuntutan waranti - Gamuda
Gamuda berkata Kesas bersetuju menerima tuntutan ALR berkenaan fi tinjauan dan penggantian kenderaan berjumlah RM1.25 juta.
LLM, syarikat konsesi lebuh raya kerjasama laksana sistem pembayaran tol terbuka
LLM memaklumkan hari ini, pelaksanaan itu akan mengambil kira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia ada.
LITRAK, SPRINT, KESAS, SMART terima tawaran bersyarat Amanat Lebuhraya Rakyat
ALR menawarkan secara bersyarat untuk membeli semua sekuriti KESAS berdasarkan nilai perusahaan sebanyak RM1.24 bilion pada tarikh penilaian 31 Dis 2021; RM1.81 bilion untuk SPRINT; RM2.12 bilion untu
Penstrukturan empat lebuh raya kesinambungan dasar Pakatan Harapan - Majlis Presiden
Majlis Presiden PH berkata, apa yang diumumkan Perdana Menteri itu adalah dasar PH yang diteruskan hingga ke penghujungnya.
COO PLUS Zakaria Ahmad Zabidi dipilih presiden baharu PSKLM
Pengurus Besar (Operasi Lebuhraya) Kumpulan Prolintas Azmee Nin dipilih sebagai Timbalan Presiden.