KUALA LUMPUR: Fitnah yang dihadapi oleh National Feedlot Corporation (NFCorp) selama 12 tahun yang lalu disifatkan sebagai satu 'kerugian' buat negara.
Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd Noor berkata, projek NFCorp yang menyokong Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara terpaksa dihentikan apabila berdepan tohmahan dan fitnah secara tersusun sehingga rakyat terbeban dengan harga makanan yang tinggi.
"Sikap tidak bertanggungjawab pihak yang memfitnah syarikat tersebut, yang ditaja kartel daging import haram telah menyumbangkan kepada masalah sekuriti makanan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, Faizan berkata kartel daging import haram didakwa antara pihak yang mahu menjahanamkan NFCorp, sehingga timbul isu keraguan untuk membeli daging import.
Keadaan itu, ujarnya telah menyebabkan jualan pasar merosot 50 peratus, selain harga semakin mahal.
“Tetapi, nasi sudah jadi bubur... harap kerajaan dapat berbuat sesuatu untuk memulihkan sekuriti dan keterjaminan makanan terutama daging lembu di negara ini,” tambah beliau.
NFCorp ditubuhkan pada 2006 bagi membangunkan ladang lembu feedlot komersil dan mewujudkan sebuah sistem pengeluaran daging lembu melalui kegiatan ladang kontrak, dan ia sebahagian daripada rancangan kerajaan terdahulu untuk memastikan bekalan daging dalam program jaminan makanan negara.
Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah daripada saman kerajaan membabitkan RM253.6 juta.
Hakim Anand Ponnudurai dalam penghakiman berkata, tiada berlaku sebarang salah guna atau pecah amanah dalam mana-mana urusniaga yang dijalankan oleh NFCorp.
Begitu pun, Mahkamah Tinggi memerintahkan NFCorp membayar balik RM33.7 juta kepada kerajaan, iaitu sebahagian daripada jumlah pinjaman yang tidak digunakan.
Susulan itu, Mohamed Salleh dalam kenyataan semalam menegaskan, fitnah yang dihadapi beliau, keluarga dan isterinya, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, telah terbukti tidak benar.
Katanya, walaupun terpaksa terlebih dahulu dihukum oleh ‘mahkamah pandangan awam’, tetapi kebenaran akhirnya dapat ditegakkan selepas 12 tahun.
Hasimi Muhamad
Sun Oct 15 2023
Faizan (kanan) berkata, projek NFCorp yang menyokong Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara terpaksa dihentikan apabila berdepan tohmahan dan fitnah secara tersusun. - Gambar fail/Astro AWANI
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
12 tahun NFCorp kena fitnah, negara yang rugi - NGO
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat melepaskan dan membebaskan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail dan tiga anaknya, daripada saman kerajaan membabitkan RM253.6 juta.