KUALA LUMPUR: Polis menahan 12 individu selepas disyaki terbabit dalam aktiviti parti liar di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi.
Kesemua suspek berusia 20 hingga 35 tahun termasuk empat anggota penguatkuasa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan dilakukan jam 9 malam hasil maklumat orang awam dan risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Katanya ketika serbuan, polis mendapati sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berada dalam sebuah bilik di hotel berkenaan sedang leka berhibur.
"Kami telah menjalankan satu serbuan ke atas satu parti liar yang diadakan di sebuah hotel pada jam 9 malam.
"12 individu telah ditahan atas kesalahan mengadakan majlis sosial dan kesemua mereka telah dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.
"Empat daripada 12 individu yang ditahan didapati anggota penguatkuasa," katanya.
Mohamad Zainal berkata, polis turut merampas dadah jenis pil dan dua botol air ketum ketika serbuan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) akta sama serta kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021, yang bakal dikenakan kompaun kerana kesalahan melanggar syarat ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Astro Awani
Sun Jul 11 2021

Polis turut merampas dadah jenis pil dan dua botol air ketum ketika serbuan. - Astro AWANI

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Peguam Negara AS | Video Trump beri keterangan bersumpah didedahkan
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil. Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan pindaan kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Perhilitan | Operasi bersepadu pelbagai agensi, NGO akan diperkasakan
Perhilitan bertekad meneruskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu iaitu 'Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di seluruh Semenanjung. Melalui BP3 jelasnya, program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan akan dilaksanakan.

Seludup Hidupan Liar | Kini boleh didenda hingga RM1 juta, penjara 15 tahun
Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia akan menguatkuasakan 44 Seksyen di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula hari ini. Menurut Perhilitan dalam satu kenyataan, penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar yang melibatkan beberapa kesalahan menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar.

AWANI Ringkas: KJ jamin tidak ambil tindakan jejaskan kesejahteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.

Lelaki Switzerland punyai jangka hayat paling tinggi di dunia
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.

Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu. Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik
Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.

Penganjur, pengunjung parti liar kolam renang dikompaun RM1.56 juta
Semua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi tetapan SOP MKN iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan fizikal.

303 individu ditahan dalam parti liar kolam renang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 161 lelaki dan 55 wanita warga asing serta 31 lelaki dan 56 wanita tempatan.

26 individu ditahan berpesta liar di kondominium mewah
Polis turut merampas pelbagai peralatan sistem audio yang diubah suai seperti digunakan pusat hiburan dan kesemua suspek kini ditahan reman.

Tiga pelajar antara 18 ditahan terlibat parti liar di Melaka
Ketika serbuan, kesemua individu berkenaan sedang leka dan khayal selain polis menemukan pembesar suara dipercayai untuk berparti.

Anjur parti liar, 13 remaja dikompaun RM4,000
Seramai 13 remaja dikompaun RM4,000 setiap dari mereka selepas ditahan menganjurkan parti liar di sebuah inap desa di Taman Permaipura awal pagi Selasa.

Parti liar: 2 anggota polis antara 14 ditahan di kondomium mewah
Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan antara 14 individu ditahan polis dipercayai menyertai parti liar di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan.

Dua penjawat awam antara 9 ditahan sertai parti liar di kondominium
Dua penjawat awam antara sembilan yang ditahan ditahan polis dalam serbuan ke atas sebuah parti liar yang diadakan di sebuah kondominium di sini pada awal pagi tadi.

Pelajar tingkatan satu, nenek antara ditahan polis sertai parti liar
Pelajar tingkatan satu dan nenek berusia 54 tahun adalah antara 17 individu yang ditahan polis kerana disyaki terbabit parti liar.

15 individu termasuk pelajar sekolah ditahan anjur parti liar
Polis menjumpai satu paket plastik berisi empat biji pil berwarna ungu disyaki Ecstacy yang disembunyikan di bahagian dapur dalam premis tersebut.