awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 wanita antara 18 ditahan, disyaki terlibat sindiket pinjaman wang tanpa lesen

Bernama
Bernama
12/03/2022
00:52 MYT
12 wanita antara 18 ditahan, disyaki terlibat sindiket pinjaman wang tanpa lesen
Hasil pemeriksaan, polis turut merampas dokumen dan barangan termasuk komputer, fail mengandungi dokumen peminjam, kad ATM pelbagai bank dan wang tunai berjumlah RM21,598.
SHAH ALAM: Polis Selangor menahan 18 individu warga tempatan termasuk 12 wanita disyaki terlibat dalam sindiket pinjaman wang tanpa lesen dalam serbuan di sebuah premis di Kajang dekat sini, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Azman Ali berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu sebuah premis di Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang pada 10.20 pagi dan bertindak menahan kesemua individu yang berumur lingkungan 18 hingga 52 tahun itu.
Azman berkata sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas.
"Hasil pemeriksaan, pihak kami turut merampas dokumen dan barangan antaranya komputer; fail mengandungi dokumen peminjam; kad ATM pelbagai bank dan wang tunai berjumlah RM21,598," katanya dalam kenyataan.
Azman berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#pinjaman wang tanpa lesen
#Polis Selangor
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan