SEPANG: Seramai 12 daripada 16 warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket perjudian dan penipuan dalam talian (scam) di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 pagi ini.
Ketibaan mereka disambut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar (MOFA) Datuk Amran Mohamed Zin dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Menurut Datuk Amran Mohamed Zin, kesemua mereka yang merupakan mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja, berjaya dibawa keluar dari negara itu dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di sana.
"Pagi ini kita sambut ketibaan 12 warga Malaysia dari Kemboja. Mereka ini merupakan warga kita yang telah berada di Kemboja.
"Mengikut maklumat awal yang kita terima dari Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, pihak berkuasa Kemboja telah dapat maklumat tentang penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Kemboja," katanya.
Justeru, bertindak atas maklumat, MOFA melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Kemboja dan pihak berkuasa tempatan bagi membawa keluar kesemua mangsa.
"Ini merupakan satu bentuk kerjasama yang semakin meningkat di antara Malaysia dan Kemboja, terutamanya dalam menentukan kebajikan rakyat kita yang terkandas di Kemboja, untuk dibawa pulang.
"Walaupun kerajaan Kemboja mendapati mereka telah menyalahi atau terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang di sana, namun tindakan undang-undang pada masa ini diketepikan.
"Ini supaya kita dapat bawa balik rakyat kita yang terkandas di negara tersebut," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, Amran berkata, empat lagi rakyat Malaysia masih berada di Kemboja kerana menjalani kuarantin selepas didapati positif COVID-19 pada Isnin.
"Seramai 16 orang sepatutnya pulang ke Malaysia hari ini. Namun empat daripada mereka didapati positif COVID-19 dan terpaksa menjalani kuarantin selama tujuh hari di sana.
"Kita akan bawa mereka pulang sekiranya negatif selepas tujuh hari. Sekarang ini kedutaan kita memantau keadaan mereka," katanya lagi.
Kesemua mangsa, tambahnya, ditahan di Kemboja pada 4 April lalu dalam operasi membanteras jenayah scam oleh pihak berkuasa tempatan.
Mereka dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Pnomh Penh sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
Fareez Azman
Tue Apr 12 2022
Seramai 12 daripada 16 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja selamat tiba di KLIA2 hari ini. --fotoBERNAMA
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.
Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan
Polis membongkar aktiviti pengedaran 'biskut ganja' yang dijual serendah RM50 untuk satu bekas dengan penahanan empat individu termasuk tiga beranak di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.
Polis tumpas kegiatan pengedaran, pemprosesan dadah dalam hutan
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir di sini susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang semalam.
Sindiket curi motosikal di Sepang tumpas
Polis berjaya merampas tiga motosikal Yamaha Y15ZR, sebuah Honda EX5 serta dua gugus kunci daripada kedua-dua suspek.
Dua beradik warga asing dalang sindiket kutip derma diberkas di Ulu Tiram
Dua beradik yang berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Seri Alam.