awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

125 menara telekomunikasi luar bandar Sarawak mula beroperasi 1 Jun ini

Bernama
Bernama
29/04/2023
20:20 MYT
125 menara telekomunikasi luar bandar Sarawak mula beroperasi 1 Jun ini
Sebanyak 125 menara telekomunikasi luar bandar mula beroperasi di Sarawak menjelang perayaan Gawai Dayak 1 Jun ini menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART). - Gambar hiasan
KUCHING: Sebanyak 125 menara telekomunikasi luar bandar mula beroperasi di Sarawak menjelang perayaan Gawai Dayak 1 Jun ini menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata sebanyak 70 menara SMART sudah dilengkapi peralatan telekomunikasi dan beroperasi sejak bermulanya sambutan Aidilfitri minggu lepas.
"Menjelang hari Gawai (1 Jun depan), sebanyak 55 (menara SMART) lagi akan ke udara," katanya di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di sini pada Sabtu.
Beliau berkata secara keseluruhannya, sebanyak 600 menara SMART dibina kerajaan Sarawak dengan peruntukan RM1.8 bilion dengan kerjasama kerajaan pusat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menambah baik liputan internet di luar bandar negeri ini.
Menurutnya, pemasangan peralatan telekomunikasi untuk menara berkenaan dilaksanakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri itu.
Julaihi berkata pihaknya menyasarkan keseluruhannya 7,000 menara telekomunikasi dibina di seluruh Sarawak bagi memperluaskan liputan internet di negeri ini.
"Sehingga sekarang, lebih 50 peratus atau lebih 3,500 menara telekomunikasi terbabit telah dibina di seluruh Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menara telekomunikasi
#luar bandar Sarawak
#Gawai Dayak
#SMART
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan