awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,297,818 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam - Dr Adham

Bernama
Bernama
12/06/2021
09:57 MYT
1,297,818 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam - Dr Adham
Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 170,855 dos diikuti Sarawak (133,516), Kuala Lumpur (122,564), Perak (121,740) dan Johor (118,317).
KUALA LUMPUR: Seramai 1,297,818 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan menerusi akaun Twitternya, seramai 2,929,736 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,227,554 dos.
Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 170,855 dos diikuti Sarawak (133,516), Kuala Lumpur (122,564), Perak (121,740) dan Johor (118,317).
Sementara itu, berdasarkan maklumat laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin yang dikongsi Dr Adham, sebanyak 13,757,093 pendaftaran direkodkan semalam dengan perkembangan nasional sebanyak 56.70 peratus.
Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,503,976 pendaftaran diikuti Johor (1,716,130), Sarawak (1,318, 644) dan Kuala Lumpur (1,163,711).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#dos pertama
#dos kedua
#Menteri Kesihatan
#Dr Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan