awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 doktor dari Kelantan dihantar bantu hospital di Sabah tangani COVID-19

Bernama
Bernama
05/10/2020
10:00 MYT
13 doktor dari Kelantan dihantar bantu hospital di Sabah tangani COVID-19
Panggilan negara... Kumpulan doktor itu dihantar melalui dua fasa iaitu pada 23 September dan 4 Oktober. - Gambar hiasan
KOTA BHARU:Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menghantar seramai 13 doktor ke Sabah bagi membantu menangani penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata kumpulan doktor itu dihantar melalui dua fasa iaitu pada 23 September seramai lima orang manakala dalam Fasa II iaitu semalam (Ahad, 4 Oktober), seramai lapan doktor telah berlepas ke Negeri Di Bawah Bayu.
"Kumpulan pegawai perubatan yang dihantar ini adalah dari pelbagai hospital di Kelantan. Tujuan mereka dihantar adalah bagi membantu hospital di Sabah menangani masalah pandemik COVID-19," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau juga berkata sembilan individu yang positif jangkitan virus berbahaya itu di Kelantan, termasuk bayi berusia 17 bulan, kini berada dalam keadaan stabil,
Bagaimanapun, melihat kepada peningkatan kes harian yang tinggi pada masa ini, JKNK meminta orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
#JKNK
#Sabah
#pandemik
#COVID-19
#Zaini Hussin
#Kelantan
#kesihatan
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan