KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 lelaki dan tiga wanita dalam beberapa serbuan di Wangsa Maju, di sini, Sabtu dan Ahad lepas bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong, akhir bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua warga tempatan berusia 22 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pada 12 tengah hari, Sabtu lepas dan berakhir pada awal pagi Ahad.
"Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan, samun dan dadah serta siasatan awal polis mendapati kesemuanya adalah rakan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beh berkata kesemua 13 individu itu kini direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pada kira-kira 5.30 petang, 22 Ogos itu, empat lelaki dipercayai warga tempatan menyamun kedai emas tersebut.
Suspek dipercayai melarikan sejumlah barangan kemas berupa rantai leher dan rantai tangan yang dianggar bernilai RM50,000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021
Kesemua warga tempatan berusia 22 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pada 12 tengah hari, Sabtu lepas dan berakhir pada awal pagi Ahad. - Gambar fail
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
13 individu ditahan bantu siasatan samun kedai emas di Kepong
Polis menahan 10 lelaki dan tiga wanita dalam beberapa serbuan di Wangsa Maju pada Sabtu dan Ahad lepas bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong.
Perompak berputih mata, pengawal keselamatan gagalkan cubaan rompak kedai emas
Dua suspek telah melepaskan empat das tembakan ke arah dinding bertujuan untuk menakutkan dua pekerja wanita dan pemilik premis berkenaan.
Seorang lagi suspek kes samun ditembak mati
Suspek dipercayai merupakan rakan kepada salah seorang yang juga ditembak mati polis di Taman Connaught, Cheras pukul 10.30 malam semalam.