awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 jam padam kebakaran enam kilang

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2023
04:07 MYT
13 jam padam kebakaran enam kilang
Kebakaran bermula kira-kira jam 4 petang Ahad itu berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 6.05 pagi Isnin. - Gambar/ Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 13 jam untuk memadamkan kebakaran enam kilang pembuatan tilam di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kebakaran bermula kira-kira jam 4 petang Ahad itu berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 6.05 pagi Isnin.
"Sepasukan anggota bomba bersama 12 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Seksyen 7, BBP Puchong dan BBP (BBP) Taman Tun Dr Ismail dari Kuala Lumpur bergegas ke lokasi kejadian.
"Kebakaran yang tidak membabitkan mangsa itu berjaya dikawal jam 6.05 petang, api berjaya dipadam sepenuhnya jam 6.05 pagi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, media melaporkan enam kilang pembuatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh di sini, musnah dalam kebakaran pada Ahad.
Kebakaran itu turut mengakibatkan asap tebal berwarna hitam jelas kelihatan di kawasan terlibat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Sungai Buloh
#kilang terbakar
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan