awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 kereta rosak dirempuh lori di lampu isyarat

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2023
04:22 MYT
13 kereta rosak dirempuh lori di lampu isyarat
Siasatan awal dapati kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang hilang kawalan semasa memandu di laluan selekoh menuruni bukit. - Gambar/ Sinar Harian
KUANTAN: Pemandu dan penumpang 13 kereta berdepan detik cemas selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah lori ketika berhenti menunggu lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di sini pada petang Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.48 petang itu, semua kenderaan terlibat mengalami kerosakan bagaimanapun semua pemandu berusia 29 hingga 62 tahun dan penumpang selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal dapati kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang hilang kawalan semasa memandu di laluan selekoh menuruni bukit.
"Akibat kejadian, lori terbabit telah melanggar deretan kereta yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat di hadapan," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku di laluan berselekoh menuruni bukit dalam keadaan cuaca hujan, jalan basah dan licin.
"Anggota polis ke tempat kejadian untuk siasatan dan telah merakam percakapan pemandu-pemandu yang terlibat.
"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," ujarnya.
Detik-detik cemas ketika kejadian sempat dirakam dan dikongsi netizen di beberapa platform media sosial hingga tular.
Berdasarkan video yang dikongsi, kelihatan sebuah lori gagal membrek lalu merempuh beberapa kenderaan di hadapannya.
Dalam video berasingan turut memaparkan situasi selepas kejadian dan keadaan kenderaan yang mengalami kerosakan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#lori rempuh kereta
#Jalan Beserah
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan