SEREMBAN: Sebanyak 13 lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup selama dua hari susulan penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, 12 buah sekolah diarah tutup bermula pada Rabu dan sebuah sekolah pada Khamis.
"Sekolah diarah tutup pada Rabu di daerah Seremban iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), SJKC Pei Hua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 3, Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Height, SK Taman Seri Mawar, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, SJK Tamil Covent, SK Senawang 3, SK Mantin dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
"Selain itu sebuah sekolah di Tampin iaitu SK Kampung Ladang Gemas dan sebuah sekolah di Port Dickson iaitu SMK Kampung Baru Si Rusa.
"Manakala SJKC Sino English di Seremban diarah tutup pada Khamis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, empat buah sekolah dilanjutkan tempoh penutupan iaitu SMK Seremban 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Nilai, SK Desa Cempaka di Nilai dan SK Port Dickson.
Beliau berkata, arahan penutupan itu bagi membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi.
Beliau berkata, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan.
"Secara umum, penutupan sementara yang membabitkan sekolah-sekolah ini membabitkan kes positif COVID-19 yang sangat minima iaitu secara purata satu kes kecuali di SMK Seremban 2.
"Penutupan ini untuk membolehkan sekolah-sekolah terbabit melalui proses disinfeksi.
"Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan memantau secara terperinci keseluruhan perjalanan sekolah-sekolah," katanya.
Sehubungan itu, katanya, ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai keselamatan kesihatan anak-anak mereka tetapi menasihatkan anak-anak untuk mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) semasa berada di sekolah dan semasa berulang-alik ke sekolah.
Untuk rekod, pada Isnin, sebuah sekolah di Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson dan Nilai telah diarah tutup dua hari manakala pada Selasa lapan buah sekolah lagi diarahkan sama iaitu enam di Seremban dan satu di Nilai dan Tampin.
Berita asal: 13 lagi sekolah diarah tutup di Negeri Sembilan
Sinar Harian
Wed Apr 28 2021
SMK Seremban 2 antara empat buah sekolah yang dilanjutkan tempoh penutupan. -Gambar fail
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok
Tiga sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS
Para guru di sekolah-sekolah awam Portland melancarkan mogok pada Rabu menyebabkan kesemua 81 sekolah di bandar terbesar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) itu ditutup, lapor Xinhua.
Jerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan - Fadhlina
Pihak sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sekolah di Bangladesh ditutup akibat cuaca terlalu panas
Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.
Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi
Sekolah tersebut sepatutnya dipelihara warisannya berikutan hampir 90 tahun beroperasi.
Pascabanjir: Sesi persekolahan dua sekolah rendah di Taman Seri Muda ditunda
Dua buah sekolah rendah di Seksyen 25, Taman Sri Muda yang terkesan akibat bencana banjir dua minggu lalu, masih belum dapat memulakan sesi persekolahan hari ini.
Guru positif COVID-19, dua sekolah di Lawas tangguh pembelajaran bersemuka
Dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Lawas iaitu SMK Trusan dan SMK Merapok ditangguh pembukaan sesi pembelajaran bersemuka ekoran guru positif COVID-19.
COVID-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari
Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan COVID-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan.
COVID-19: Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup sejak bulan lepas
Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup secara berperingkat sejak bulan lepas setelah terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan kakitangan dan murid di institusi pendidikan itu.