Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti-lokaliti terbabit.
"Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di 22 lokaliti itu bermula Ahad ini (18 Julai 2021) sehingga 31 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, PKPD di dua lokaliti di Kampung Siasai Dundau, Kota Belud dan Kampung Naruntung, Pitas di Sabah akan dilanjutkan dua minggu lagi.
Keputusan itu juga dibuat selepas membuat penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.
Berikut perincian lanjut mengenai 24 lokaliti PKPD itu:
1. Daerah Kuantan
- Tanjung Lumpur
- Peramu
- Anak Air
- Sg Derhaka
- Kempadang
- Sg Soi
- Kg Pahang
- Taman Seri Inderapura
- Taman Indera Sempurna
- Taman Tas dan Pandan
- Sungai Isap
- Lorong Seri Teruntum
- Taman Impianku
3. Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor.
4. Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor
5. Taman Samudera, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor
6. Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu, Sabah.
7. Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud, Sabah.
8. PPR Taman Ehsan, Kudat, Sabah 1.
9. Bahagian Kuching, Sarawak
- Kampung Seratau
- Kampung Astana Lot
- Kampung Sungai Bedil Besar