awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 NGO Dayak kutuk pembunuhan aktivis Bill Kayong

Bernama
Bernama
21/06/2016
10:01 MYT
13 NGO Dayak kutuk pembunuhan aktivis Bill Kayong
Dusit berkata polis perlu segera menjalankan penyiasatan secara menyeluruh dan menahan penjenayah terbabit. - Gambar fail
Tiga belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak di Sarawak mengutuk pembunuhan aktivitis Dayak, Bill Kayong yang ditembak oleh individu tidak dikenali di Lutong, Miri awal hari ini.
Kayong, 43, sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat semasa beliau dibunuh.
Antara NGO itu ialah Kesatuan Dayak Nasional Sarawak (SDNU), Persatuan Dayak Bidayuh Nasional (DBNA), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Persatuan Graduan Dayak (SGA), Persatuan Graduan Bidayuh (BGA), Barisan Iban Sarawak (BISA) dan Kongres Dayak Nasional (DNC).
Jurucakap mereka Dr Dusit Jaul, yang juga Presiden DGA, membacakan kenyataan bersama pada sidang media yang berlangsung di sebuah hotel di sini.
"Tindakan kejam ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Dayak kerana perbuatan itu umpama seperti "menjolok sarang tebuan" dan pada masa sama menguji kesabaran orang Dayak.
BACA: LAPOR LANGSUNG Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong mati ditembak
"Susulan pembunuhan ini, kami menggesa semua anggota masyarakat untuk kekal tenang dan tidak mengambil undang-undang di tangan mereka sendiri," katanya.
Dusit berkata polis perlu segera menjalankan penyiasatan secara menyeluruh dan menahan penjenayah terbabit.
Datuk John Tenuwek, bekas Duta Malaysia ke Myanmar dan Timbalan Presiden DNC berkata beliau terkejut dengan berita pembunuhan itu.
"Ini merupakan tindakan terhadap kerajaan negeri Sarawak, negara Malaysia dan kemanusiaan dan bukan hanya terhadap komuniti Dayak sahaja.
"Walaupun saya tidak kenal beliau secara peribadi, saya dengar banyak kisah mengenai beliau yang berjuang untuk hak milik tanah masyarakat Dayak," katanya.
Presiden SADIA Sidi Munan berkata polis perlu menjalankan siasatan terperinci.
"Tetapi kita jangan campur tangan dalam penyiasatan mereka. Kita patut membantu dalam apa juga cara supaya kita tahu motifnya, siapa penjenayah terbabit dan dalang kes bunuh ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Bill Kayong yang ditembak oleh individu tidak dikenali di Lutong
#Dr Dusit Jaul
#Miri awal hari ini
#Tiga belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak di Sarawak mengutuk pembunuhan aktivitis Dayak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan