KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini memeterai Perjanjian Pajakan melibatkan 13 tapak komersial dan bukan komersial seliaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di kawasan lebuh raya bertol.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya di bawah seliaan KKR iaitu PROLINTAS dan IJM Corporation itu, mampu memoptimumkan penggunaan serta pembangunan di atas tanah Persekutuan bagi menjana ekonomi lebih berdaya saing.
Beliau berkata tempoh pajakan berkenaan akan berterusan selagi mana konsesi syarikat lebuh raya bertol yang terlibat masih berkuat kuasa.
Katanya ia selaras dengan Seksyen 221, Kanun Tanah Negara 1965 yang memperuntukkan PTP selaku pemilik tanah yang berdaftar boleh memajakkan tanah bagi tempoh maksimum 99 tahun.
"Syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah seliaan KKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia mendapat kepentingan eksklusif dalam mengawal selia, mengoptimumkan pembangunan komersial serta menguruskan aturan semasa berkaitan dengan tanah atau fasiliti didirikan di atasnya," katanya.
Nik Nazmi berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian tersebut di sini pada Khamis.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang turut hadir berkata pajakan tersebut mampu memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang cekap dan bermutu tinggi semasa menggunakan lebuh raya.
Beliau berkata pihaknya akan memantau prosedur dan isu pengurusan tanah di kesemua 36 lebuh raya yang beroperasi di negara ini.
"Kementerian bertekad dan komited untuk memberi perhatian serius kepada isu pengambilan tanah, perizaban jajaran, pemberimilikan dan pajakan projek lebuh raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
KKR memeterai Perjanjian Pajakan melibatkan 13 tapak komersial dan bukan komersial seliaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di kawasan lebuh raya bertol. - Foto BERNAMA
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
13 tapak dipajak kepada konsesi lebuh raya, jana ekonomi tanah persekutuan
KKR memeterai Perjanjian Pajakan melibatkan 13 tapak komersial dan bukan komersial seliaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di kawasan lebuh raya bertol.
Selebriti media sosial Indonesia bersedialah untuk bayar cukai
Kerajaan Indonesia menegaskan, setiap warganegara harus membayar cukai di atas setiap pendapatan yang diterima termasuk golongan selebriti media sosial.
Lesen bot yang dipajak dan disewa kepada nelayan Vietnam akan dibatal - Ismail Sabri
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membatal serta merta lesen pengusaha bot nelayan tempatan yang memajak dan menyewakan bot mereka kepada nelayan Vietnam.