PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas 14 lelaki termasuk seorang bekas atlet Muay Thai negara kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Ayahanda Yie Tiger 99'.
Ia berikutan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara itu serta memutuskan bahawa tiada alasan untuk mahkamah mengubah atau mencampuri keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac 2021 dan Mac 2022.
"Setelah membaca dan mendengar hujahan lisan, kami mendapati Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam keputusan beliau. Kami juga mendapati hakim berkenaan telah memperincikan faktor-faktor dalam menjatuhkan hukuman lima tahun, termasuk mengambil kira faktor kepentingan awam.
"Sehubungan itu, rayuan ditolak dan hukuman penjara lima tahun dari tarikh tangkap dikekalkan," kata hakim itu yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Supang Lian dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.
Kesemua tertuduh dengan tangan bergari, yang berada di dalam kandang tertuduh, kelihatan sebak sambil mengucapkan "Alhamdullilah" sejurus hukuman dibacakan.
Kesemua 14 tertuduh itu ialah Mohd Faizal Ramli (bekas Atlet Muay Thai negara di Sukan SEA Myanmar), Mohamad Japri Abu Samah, Astro Jakaria, Nuriasbat Mohd Maamon, Edi Narsuna Nizar, Muhammad Faris Yusoff, Muhamad Fakhrurazi Ali, Mohamad Sharfiq Mohamed Ali, Mohamad Noor Helmie Zanal Abidin, W Mohd Ihsan W Razali@W Husin, Rustam Tanni, Azukismi Che Abdullah, Nik Arzahar Nik Mat serta Masyre Mohamed Narizan yang berusia antara 27 hingga 46 tahun.
Kesemua mereka yang ditahan pada 2020, 2021 dan 2022, mengaku bersalah atas dakwaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Ayahanda Yie Tiger 99' di sebuah premis di Jalan Sentul, Pandamaran, Pelabuhan Klang, antara Mei 2017 hingga 22 Jan 2020.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aznee Salmie Ahmad dan Khairul Aisamuddin Abdul Rahman manakala peguam S.Sathyaimi Abdul Kadir, S.Sathya, Lee Win Xu, A.Komathi, Izzat Irfan Taib, Zaleha Hayat, Lailawati Husain dan Fazilawati Hussain mewakili kesemua individu terbabit. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas 14 lelaki termasuk seorang bekas atlet Muay Thai negara kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Ayahanda Yie Tiger 99'.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
14 ahli 'Ayahanda Yie Tiger 99' kekal dipenjara lima tahun
Kesemua tertuduh dengan tangan bergari kelihatan sebak sambil mengucapkan "Alhamdullilah" sejurus hukuman dibacakan.