Seramai 14 individu termasuk enam wanita ditahan kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Bujang Melaka di Kampar dengan melakukan aktiviti pendakian tanpa kebenaran Jumaat lepas.
Menurut Jabatan Perhutanan Perak, kumpulan itu yang disertai individu berumur 23 hingga 65 tahun ditahan pasukan penguat kuasa daripada Pejabat Hutan Kinta Manjung semasa kerja-kerja semakan dan pemantauan selepas menerima maklumat awam.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, pendakian mereka bermula dari Tanah Milik Sahom Valley Resort di Kampar dan seterusnya ke Batu Dinding berhampiran puncak Gunung Bujang Melaka," demikian menurut kenyataan jabatan itu di sini, malam tadi.
Menurut kenyataan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Dipang, Kampar dan kesemua 14 individu yang ditahan telah dilepaskan dengan jaminan polis.
Jabatan itu memaklumkan, kesemua yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki hutan tanpa permit dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Jabatan Perhutanan Perak turut memberi peringatan kepada orang awam bahawa walaupun aktiviti pendakian dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) perlu mempunyai kelulusan melalui Pejabat Hutan Daerah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020

Llaporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Dipang, Kampar dan kesemua 14 individu yang ditahan telah dilepaskan dengan jaminan polis.

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

COVID-19: Olimpik Tokyo boleh dibatal jika 'situasi menjadi mustahil' - Setiausaha Agung LDP
Pembatalan temasya sukan terbesar itu boleh dilakukan pada bila-bila masa berdasarkan situasi penularan gelombang baharu COVID-19 di Jepun.

Politik | Permohonan Pejuang daftar parti didengar 31 Mei
Permohonan parti pejuang tanah air (Pejuang) untuk mencabar tindakan menteri dalam negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu, didengar pada 31 Mei ini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang menetapkan tarikh tersebut pada pengurusan kes hari ini berkata mahkamah perlu mendengar kes itu dengan kadar segera kerana ia merupakan kes kepentingan awam.

Kartel rokok: Kajian semula ke atas rantaian pembekalan perlu dilakukan - Akhbar Satar
Akhbar Satar mencadangkan perkara itu dalam usaha menangani super kartel rokok seludup yang telah merugikan negara.

Pengenalan Identiti Digital Nasional
Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Professor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Rangkaian, UPM

Sambutan Hari Raya Aidilfitri | KKM cadang rentas negeri ditangguhkan semasa Aidilfitri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

Ke bazar Ramadan? Patuh SOP, elak jangkitan
Kita lihat ada bazar yang sesak, namun saya tidak nafikan ada yang ikut SOP yang betul, tapi ada tempat yang melaporkan kesesakan.

14 individu ditahan mendaki di Hutan Simpan Gunung Bujang Melaka
Pendakian mereka bermula dari Tanah Milik Sahom Valley Resort di Kampar dan seterusnya ke Batu Dinding berhampiran puncak Gunung Bujang Melaka.