awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

142.7 kg emas disita, dikaitkan dengan pelaburan haram

Bernama
Bernama
06/11/2012
01:27 MYT
142.7 kg emas disita, dikaitkan dengan pelaburan haram
Sejumlah 142.7 kilogram emas serta wang tunai dan wang dalam akaun bank berjumlah RM101.92 juta disita dalam serbuan oleh pihak berkuasa ke atas empat premis syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas.
Bank Negara Malaysia, dalam kenyataan bersama dengan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menyebut rekod yang disita menunjukkan sebilangan besar bilangan pelabur telah membayar wang pelaburan namun belum menerima emas yang dibeli sebelum serbuan itu dilakukan, dan dalam kes tertentu, tempoh menunggu untuk mendapatkan emas adalah melebihi lima bulan.
Kenyataan itu juga menyebut agensi penguatkuasa menyedari kesukaran yang dialami pelabur terbabit dan sedang berusaha mengesan penyimpanan wang dan aset syarikat terbabit.
Sehubungan itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan aliran wang serta aset lain dan sebuah firma perakaunan antarabangsa turut dilantik secara sepenuh masa bagi membantu siasatan.
"Skop penyiasatan adalah bersifat antarabangsa. Dalam hubungan ini, agensi penguatkuasaan bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawat di luar negara untuk mendapatkan bukti di beberapa negara lain bagi membantu penyiasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#emas
#Pelaburan Haram
#polis
#sita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan