awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,482 kanak-kanak mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli

Bernama
Bernama
24/03/2025
10:15 MYT
1,482 kanak-kanak mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli
Wong berkata, KPM komited dalam memperluas pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada agenda utama dalam Reformasi Pendidikan KPM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,482 kanak-kanak telah mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli setakat 17 Feb tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam memperluas pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada agenda utama dalam Reformasi Pendidikan KPM dan setakat 17 Feb lepas, pihaknya berjaya menambah 130 kelas prasekolah di seluruh negara.
"Sememangnya prasekolah telah wujud di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman perkampungan.
"Pada masa ini terdapat 98 buah sekolah Orang Asli dan daripada jumlah itu, 71 buah sekolah mempunyai 80 kelas prasekolah," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Manolan Mohamad yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang untuk mewujudkan prasekolah di kawasan pedalaman perkampungan Orang Asli.
Menjawab soalan tambahan Manolan mengenai usaha memperluas akses pendidikan ke kampung-kampung Orang Asli khususnya bagi menangani masalah buta huruf dalam kalangan pelajar, Wong berkata fokus utama KPM adalah memastikan akses pendidikan dapat disediakan terlebih dahulu.
"Berkenaan dengan akses pendidikan kepada anak-anak Orang Asli di kawasan pedalaman, pihak KPM dalam beberapa tahun ini juga telah membuat peluasan bagi Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Komprehensif 11 (K11).
"Pada tahun ini, K11 telah diperluaskan untuk lima kelas lagi bagi memastikan anak-anak kita dapat menghadiri program dan pembelajaran di prasekolah, sekolah rendah dan menengah," katanya.
Wong memaklumkan setakat tahun lepas, KPM telah mewujudkan 28 buah sekolah K9 dan dua sekolah K11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#pendidikan orang asli
#sekolah
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan