awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan: Calon Bebas lancar manifesto, kemuka 10 tawaran
Pelaksanaan MA63 terus menjadi agenda utama Kerajaan MADANI - Peguam Negara
Pendidikan baik lahirkan insan cemerlang akademik, berakhlak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 Jun pendengaran rayuan terhadap keputusan bebas Yusoff Rawther

Bernama
Bernama
16/01/2026
10:15 MYT
15 Jun pendengaran rayuan terhadap keputusan bebas Yusoff Rawther
Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Jun untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Yusoff Rawther. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Jun untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mengesahkan tarikh itu kepada Bernama yang ditetapkan pada pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mahyudin Mohmad Som hari ini.
Beliau berkata pihak pendakwa raya diarahkan untuk memfailkan petisyen rayuan selewat-lewatnya 9 Feb dengan pihak-pihak perlu memfailkan hujahan bertulis masing-masing selewat-lewatnya 15 Mei dan jawapan kepada hujahan pada 29 Mei.
Pada 12 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff, 33, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya pada akhir kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan seterusnya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret pada 12 Sept 2024 atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram yang didakwa ditemukan dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 10.15 pagi 6 Sept 2024.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada 9.25 pagi pada tarikh sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yusoff Rawther
#keputusan lepas dan bebas
#edar dadah
#Mahkamah Rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan