awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000

Bernama
Bernama
17/12/2024
20:15 MYT
15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Parang Abai @ Thomas (duduk, dua kanan) bergambar bersama wakil PPDK WPKL dan Putrajaya yang menerima sumbangan pada Program Pembangunan Komuniti Wilayah Persekutuan kepada PPDK WPKL dan Putrajaya di PPDK Permata Kuala Lumpur. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) memperuntukkan dana sebanyak RM710,000 kepada 15 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Wilayah Persekutuan sejak Julai lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, dana itu, yang melibatkan 10 PPDK di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan dua di Labuan, adalah bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.
"Dana ini boleh digunakan untuk pembaikan premis, pembelian peralatan asas dan keperluan terapi pelatih merangkumi penambahbaikan bilik snoezelen serta pembelian alat bantu mengajar seperti komputer, kipas dan penyaman udara.
"Selain itu, keperluan khusus lain seperti kerusi khas untuk pelatih palsi serebrum, alat permainan dan peralatan terapi," katanya pada majlis sumbangan Program Pembangunan Komuniti 2024 di PPDK Permata Brickfields, di sini, pada Selasa.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) JWP, Datuk Parang Abai @ Thomas.
Dr Zaliha berkata, dalam usaha menyokong komuniti OKU, kerajaan memperuntukkan dana RM1.3 bilion dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasa golongan itu melalui pelbagai inisiatif bersasar.
Terdapat lebih 500 PPDK di seluruh negara yang memberi manfaat kepada hampir 19,000 pelatih OKU dengan sokongan lebih 5,000 penyelaras dan petugas. - BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#OKU
#peralatan asas
#PPDK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan