awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

150 pelajar tahfiz dirai pada Program Iftar Yayasan Pekema

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2025
15:31 MYT
150 pelajar tahfiz dirai pada Program Iftar Yayasan Pekema
Mohamed Nazari berkata, program terbabit merupakan acara tahunan dan sebahagian daripada aktiviti CSR Yayasan Pekema. - Gambar Pekema
KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 pelajar tahfiz dan golongan asnaf dirai dalam satu majlis iftar dan sumbangan hari raya anjuran Yayasan Pekema (Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, hari ini.
Presiden Pekema, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, program terbabit merupakan acara tahunan dan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Pekema.
“Majlis Seribu Keberkatan dan Kerahmatan Iftar Yayasan Pekema yang dianjurkan ini khusus untuk membolehkan kami menyantuni anak-anak asnaf dan tahfiz yang dikasihi sekalian.
“Pekema telah mengambil pendekatan secara berterusan dengan menganjurkan program Ramadan seumpama ini pada setiap tahun.
“Usaha seperti ini adalah penting bagi mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita sesuai dengan tuntutan Islam,” katanya pada majlis tersebut.
Nazari turut berharap, sumbangan daripada Yayasan Pekema itu diharapkan ia dapat meringankan sedikit beban dan memberikan keceriaan kepada anak-anak ini ketika menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.
Terdahulu, sumbangan duit raya berjumlah RM100 termasuk beg sekolah itu telah diserahkan kepada 150 pelajar tahfiz dan asnaf yang terdiri daripada empat pertubuhan.
Ia melibatkan anak-anak asnaf DARI SK Cyberjaya, Maahad Tahfiz Al-Husni, Maahad Tahfiz Miftahul Ulum (Banat) Dan Madrasah Quran Darussalam (Mqds) Banat.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#golongan asnaf
#Ramadan
#Pekema
#tanggungjawab sosial korporat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan