awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,588,915 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam

Bernama
Bernama
20/06/2021
03:57 MYT
1,588,915 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam
Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor, diikuti Sarawak, Johor, Perak dan Kuala Lumpur. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini setakat semalam telah mencecah 5,675,002 dos, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata seramai 1,588,915 individu telah melengkapkan dua dos vaksin manakala 4,086,087 individu menerima dos pertama.
Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 207,077 diikuti Sarawak (181,690), Johor (161,082), Perak (147,250) dan Kuala Lumpur (141,071), katanya menerusi akaun Twitter hari ini.
Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata 164,282 dos diberikan semalam melibatkan 128,400 penerima suntikan pertama manakala 35,882 lagi dos kedua.
Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 15,072,779 pendaftaran direkodkan setakat semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos kedua
#dos pertama
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#suntikan
#Adham Baba
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan