KUALA LUMPUR: Berdasarkan laporan audit diterima daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, semua lif di 16 stesen monorel sekitar Lembah Klang masih tidak berfungsi.
Selain itu, menurut beliau, sebanyak 46 daripada 706 eskalator juga didapati tidak berfungsi sementara dari aspek pencahayaan pula, laporan audit itu memaklumkan sebanyak 664 lampu masih tidak berfungsi.
Tambah Anthony Loke lagi, berdasarkan laporan diterima, terdapat kebocoran dikesan di 17 lokasi dan berdasarkan angka tersebut, beliau tidak berpuas hati dengan masalah dibangkitkan.
Sehubungan itu, beliau berkata, usaha sedang dilakukan untuk membaiki dan mengganti kemudahan yang rosak.
Bagaimanapun, bagi perkhidmatan lif di stesen-stesen monorel, jelasnya, proses perolehan sedang berjalan dan hanya akan diberikan tender pada Februari 2023.
"Pada waktu sekarang, semua petugas dan polis bantuan telah diarahkan untuk beri bantuan kepada penumpang OKU (orang kurang upaya) untuk naik tangga dan sebagainya.
"Kalau yang naik kerusi roda, petugas akan usung naik ke stesen. Saya tahu ia tidak selesa dan saya amat memahaminya. Kita akan cuba percepatkan penambahbaikan di lif tersebut.
"Ketika ini, kita tiada pilihan selain minta polis bantuan untuk bantu OKU yang menggunakan perkhidmatan di stesen itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Prasarana, di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan juga menjangkakan kekerapan tren Transit Aliran Ringan (LRT) akan berkurang kepada tiga minit pada suku ketiga tahun depan berbanding lima minit sekarang.
Jelasnya, hanya 38 tren beroperasi di laluan Kelana Jaya pada waktu ini dan untuk membolehkan kekerapannya turun kepasa tiga minit, ia memerlukan 48 tren untuk beroperasi dalam satu masa.
Katanya lagi, Prasarana mempunyai 56 tren untuk laluan tersebut, namun, 18 daripadanya sedang diselenggara.
"Jangkaan kita 56 set menjelang suku ketiga 2023. Bermula sekarang kita akan cuba tambah tren supaya kekerapan itu dapat ditambah.
"Tapi dalam tempoh ini kita tidak dapat berikan komitmen tiga minit, kekal lima minit tapi tidak bermakna kekerapan lima minit itu statik.
"Kita akan tambah kekerapan secara berkala dan kita akan kurangkan kepada tiga minit menjelang suku ketiga 2023," ujarnya.
Ridauddin Daud
Thu Dec 08 2022
Berdasarkan laporan audit diterima daripada Prasarana Malaysia Berhad, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, semua lif di 16 stesen monorel sekitar Lembah Klang masih tidak berfungsi. - Gambar fail BERNAMA
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
16 lif, 46 eskalator, 664 lampu tidak berfungsi di stesen monorel, LRT - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan arah usaha baiki dan ganti kemudahan yang rosak segera diambil.