awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 pegawai, anggota polis Kedah dibuang kerja tahun 2020

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/01/2021
12:32 MYT
16 pegawai, anggota polis Kedah dibuang kerja tahun 2020
Hasanuddin berkata secara keseluruhan sebanyak 192 kertas siasatan dibuka dalam tempoh Januari hingga Disember 2020. - Gambar fail
ALOR SETAR:Seramai 16 pegawai dan anggota polis kontinjen Kedah dibuang kerja kerana pelbagai kesalahan termasuk salah laku tatatertib, rasuah dan dadah sepanjang tahun lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata secara keseluruhan sebanyak 192 kertas siasatan dibuka dalam tempoh Januari hingga Disember 2020.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 109 kes disiasat di bawah kertas siasatan tatatertib, manakala 83 kes melibatkan kertas inkuiri tatatertib.
"Selain itu, jika mereka terbabit dalam salah laku jenayah, kertas siasatan jenayah turut dibuka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Alor Setar pada Selasa.
Hasanuddin berkata, kes salah laku anggota PDRM di Kedah bagaimanapun masih terkawal dan tidak membimbangkan, namun pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas bagi membendung kes terbabit.
Menurutnya, tindakan pihaknya itu selari dengan hasrat Ketua Polis Negara supaya anggota polis yang memalukan dan mengaibkan pasukan PDRM diambil tindakan termasuk dihentikan perkhidmatan.
Topic Berkaitan
#polis
#Kedah
#PDRM
#dibuang kerja
#anggota
#pegawai
#salah laku
#tatatertib
#jenayah
#Rasuah
#Datuk Hasanuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan