Enam belas pelajar Pusat Permata Pintar Negara (PPpN) lepasan SPM menerima anugerah biasiswa tajaan Petronas bagi melanjutkan pelajaran ke beberapa universiti tersohor di luar negara.
Mereka adalah kumpulan pertama dari PPpN yang mendapat tajaan itu bagi menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan kimia, petroleum, geosains petroleum, ekonomi dan perubatan.
Anugerah disampaikan penaung PPpN yang juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di PPpN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi di sini sambil disaksikan Naib Presiden Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Petronas Raiha Azni Abd Rahman.
Ketika berucap, Rosmah berkata pelajar terpilih ini menjadi 'Duta Kecil' Malaysia dalam pelbagai jurusan profesional seperti kejuruteraan, ekonomi, geologi, perubatan dan seni bina.
"Dalam konteks ini, saya percaya para pelajar Permata Pintar telah menunjukkan nilai serta daya intelektual yang tinggi dan membuktikan mereka mampu bersaing dengan pelajar-pelajar antarabangsa.
"Ini telahpun dibuktikan dengan 15 pelajar kumpulan pertama Permata Pintar yang sudah berjaya mendapat tempat dan sedang mengikuti program ijazah di beberapa universiti berprestij di Amerika Syarikat," katanya.
Beliau berkata masa depan negara terletak pada golongan muda yang masih berada di bangku sekolah, golongan belia dan beliawanis serta mahasiswa-mahasiswi yang bakal menjadi pemimpin.
Sementara itu, Raiha dalam ucapannya berkata pelajar yang terpilih disenarai pendek daripada 43 pelajar PPpN yang memohon untuk tahun ini.
"Pelajar-pelajar ini dinilai dengan ujian termasuk temuduga dan penilaian teknikal. Kami turut mengambil kira latar belakang sosio ekonomi keluarga mereka bagi memastikan hanya yang layak sahaja menerima penajaan ini," katanya.
Bernama
Fri Jul 26 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Rosmah terima anugerah 'Global Inspirational Leadership'
Penganugerahan itu sebagai mengiktiraf komitmen tinggi dan peranan serta inisiatif isteri Perdana Menteri itu yang memberi impak kepada pembangunan dan perkembangan kanak-kanak dan wanita.
16 pelajar permata pintar negara terima biasiswa
Enam belas pelajar Pusat Permata Pintar Negara (PPpN) lepasan SPM menerima anugerah biasiswa tajaan Petronas bagi melanjutkan pelajaran ke beberapa universiti tersohor di luar negara.