awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2023
02:00 MYT
17 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Bukit Rambai dan Batu Pahat mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 163 diikuti di Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 160. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di beberapa kawasan di semenanjung semakin memburuk.
17 kawasan di Lembah Klang, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta Terengganu mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Setakat jam 9 pagi Ahad, Bukit Rambai dan Batu Pahat mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 163 diikuti di Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 160.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah di Alor Gajah (157), Tangkak (155), Segamat (154), dan Kuala Lumpur dengan bacaan (153).
Lain-lain kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah di tiga negeri antaranya Seremban di Negeri Sembilan, Larkin, dan Bandaraya Melaka.
Sementara itu, 45 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala lima sahaja mencatatkan bacaan IPU yang baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.
Topic Berkaitan
#jerebu
#IPU
#paras tidak sihat
#APIMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan