awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 projek pembangunan pendidikan lewat kini siap - KPM

Bernama
Bernama
06/10/2025
22:50 MYT
17 projek pembangunan pendidikan lewat kini siap - KPM
Sebanyak 17 daripada 46 projek pembangunan pendidikan yang sebelum ini berstatus lewat seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 telah berjaya disiapkan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
PUTRAJAYA: Sebanyak 17 daripada 46 projek pembangunan pendidikan yang sebelum ini berstatus lewat seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 telah berjaya disiapkan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, 19 projek berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, merangkumi tiga projek Dahulu Jadual (DJ), lapan projek Ikut Jadual (IJ), tiga projek Lewat Jadual (LJ) serta lima projek tender semula.
Baki 10 projek pula masih kekal berstatus lewat dan kini diberi tumpuan khusus bagi mempercepatkan kemajuan pelaksanaannya melalui pemantauan rapi di tapak serta mekanisme penyelarasan pembangunan negara.
"Sesi libat urus turut diadakan secara berkala dengan semua pemegang taruh termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penyedia utiliti," menurut kenyataan itu.
KPM menegaskan, pihaknya sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan projek pembangunan dijalankan dengan baik mengikut tempoh masa yang ditetapkan demi manfaat masyarakat keseluruhan.
Menurut LKAN, sebanyak 46 projek pembangunan di bawah KPM berstatus lewat sehingga 31 Disember 2024, mewakili 2.3 peratus daripada keseluruhan 2,040 projek di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek pembangunan pendidikan
#Laporan Ketua Audit Negara LKAN
#projek Lewat Jadual
#Kementerian Pendidikan KPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan