awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram

Bernama
Bernama
14/06/2024
12:45 MYT
17 warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram
Polis menahan 17 warga asing termasuk seorang kanak-kanak dipercayai cuba untuk keluar dari Malaysia secara haram di Pantai Tanjong Rhu, Pulau Carey pada 3 pagi tadi.
SHAH ALAM: Polis menahan 17 warga asing termasuk seorang kanak-kanak dipercayai cuba untuk keluar dari Malaysia secara haram di Pantai Tanjong Rhu, Pulau Carey dekat sini pada 3 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata penahanan kesemua suspek berumur antara tujuh hingga 51 tahun itu dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Pos Pulau Carey ketika mereka sedang berkumpul dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata mereka yang terdiri daripada 11 lelaki, lima wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan itu juga gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri ketika diperiksa.
"Ketika disoal siasat, kesemua pendatang asing tanpa izin itu mengaku ingin keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Banting untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Sufian berkata kesemua suspek direman selama 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan jika disabit bersalah boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#ditahan
#Pantai Tanjong Rhu
#Pulau Carey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan