awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17,658 warga asing tidak dibenarkan memasuki negara - Saifuddin

Faida Rahim
Faida Rahim
26/08/2025
06:30 MYT
17,658 warga asing tidak dibenarkan memasuki negara - Saifuddin
Saifuddin ketika merasmikan Majlis Peluncuran Benteng Persada: Di Sempadan Kita Bersatu Di Persada Kita Bermaruah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada Selasa. -Astro AWANI
SEPANG: Seramai 17,658 warga asing telah dikenakan notis penolakan masuk atau Not To Land (NTL) oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sehingga Julai ini.

Ringkasan AI
  • Seramai 17,658 warga asing dikenakan Not To Land (NTL) oleh AKPS sehingga Julai, dengan 13,790 daripadanya melalui KLIA.
  • AKPS merampas barangan larangan bernilai RM1.9 juta dan sedang memperincikan skim perkhidmatan baharu bersama JPA untuk memperkukuh operasi sebagai agensi tunggal kawal selia sempadan.
  • Malaysia dan Singapura bersetuju menempatkan stesen CIQ secara bersama bagi laluan RTS Link, masing-masing di Bukit Cagar dan Woodlands North.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebahagian besar daripada jumlah warga asing ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan penolakan kemasukan dikenakan atas pelbagai sebab.
“Daripada jumlah tersebut, 13,790 adalah yang masuk melalui KLIA dan sehingga Julai tahun ini juga, jumlah rampasan barangan larangan dan tanpa permit yang ditahan AKPS di pintu masuk bernilai RM 1.9 juta.
“Dari segi sumber manusia, buat masa ini jumlah keseluruhan adalah 5,180, katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Benteng Persada: Di Sempadan Kita Bersatu Di Persada Kita Bermaruah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada Selasa.
Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan AKPS dan Kementerian Dalam Negeri pada masa ini sedang bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam memperincikan sistem perkhidmatan baharu AKPS.
Tegas beliau, skim perkhidmatan baharu ini akan membantu mengukuhkan lagi aspek operasi dan pengurusan AKPS sebagai single border agency (agensi tunggal kawal selia sempadan) termasuk di laluan Operasi projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link.
“Malaysia dan Singapura telah mencapai persetujuan berhubung penempatan stesen Pemeriksaan, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) secara bersama (co-located) bagi laluan RTS.
“Di pihak Malaysia, stesen CIQ akan ditempatkan di Bukit Cagar, Johor Bahru, manakala di Singapura, stesen berkenaan akan ditempatkan di Woodlands North,” katanya.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Saifuddin Nasution
#Notis Penolakan Masuk
#NTL
#AKPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan