awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

177 warga India terkandas pulang melalui penerbangan repatriasi dari KL

Bernama
Bernama
09/05/2020
22:18 MYT
177 warga India terkandas pulang melalui penerbangan repatriasi dari KL
Shri Mridul Kumar (kiri) hadir untuk menyaksikan 177 rakyat India yang bergerak pulang ke Tiruchirapalli, India dengan menaiki pesawat Air India Express dari KLIA malam tadi, 9 Mei, 2020. -- fotoBERNAMA
Warganegara India yang terkandas di Malaysia menyertai misi repatriasi terbesar dunia anjuran kerajaan India dengan 177 daripada mereka diterbangkan malam tadi melalui penerbangan repatriasi pertama dari Kuala Lumpur ke Tiruchirappalli, di Tamil Nadu India.
Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Shri Mridul Kumar berkata mereka adalah sebahagian daripada 15,000 rakyat India di Malaysia dijangka diterbangkan ke pelbagai destinasi di India iaitu Chennai, Kochi, Mumbai, Hyderabad dan New Delhi di bawah Misi Vande Bharat.
"Kira-kira 5,000 orang telah mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi. Setiap hari kami mahu menghantar pulang 180 hingga 250 orang dan semasa minggu pertama proses pemindahan menyaksikan sekurang-kurangnya 1,000 warganegara India pulang," katanya kepada pemberita selepas menghantar kumpulan pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Sabtu.
Beliau berkata keutamaan diberi kepada golongan tua dan kes kecemasan perubatan dan dalam penerbangan malam tadi, 60 daripadanya adalah warga emas, 14 wanita hamil, lapan kanak-kanak, dua bayi dan empat kes kecemasan perubatan.
Mridul berkata Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan pihak berkuasa atas kelancaran proses repatriasi warganegara India selepas tujuh minggu terkandas di negara ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan penerbangan dibatalkan kerana pandemik COVID-19.
Pusingan pertama Misi Vande Bharat dijangka membawa pulang sekitar 200,000 rakyat India di negara asing pada pertengahan Mei dan pusingan kedua pada pertengahan Jun dijangka melibatkan 400,000 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#India
#KLIA
#Malaysia
#Misi Vande Bharat
#Mumbai
#New Delhi
#penerbangan
#penerbangan dibatalkan
#perubatan
#Pesuruhjaya Tinggi
#PKP
#rakyat India di Malaysia
#repatriasi
#Shri Mridul Kumar
#Suruhanjaya Tinggi
#terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan