awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 Ahli Parlimen Pas tetap sokong Muhyiddin, Perikatan Nasional - Takiyuddin

Bernama
Bernama
11/10/2020
07:37 MYT
18 Ahli Parlimen Pas tetap sokong Muhyiddin, Perikatan Nasional - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, Pas tidak terkesan dengan retorik yang dibawa Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. - Gambar fail
KOTA BHARU:Pas hari ini mengulangi penegasan bahawa kesemua 18 Ahli Parlimennya tetap menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu juga tidak terkesan dengan retorik yang dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
"Pas menganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi, di samping menangguk di air keruh ketika kerajaan PN sedang menguruskan masalah COVID-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.
"Dalam hal ini, Pas amat yakin Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan melayan tindakan 'desprado' (terdesak) ini, sebaliknya, Seri Paduka akan mengendalikan perkara ini berdasarkan peruntukan dan undang-undang di bawah Perlembagaan negara," katanya dalam kenyataan di sini.
Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata PAS turut berharap kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat selain menjejaskan ekonomi.
Sebelum ini, dilaporkan Anwar yang juga Presiden PKR, mendakwa beliau mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa ini (13 Okt) bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya seperti dinyatakan dalam sidang media pada 23 September lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAS
#sokong Muhyiddin
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#Takiyuddin Hassan
#Setiausaha Agung Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan