Skip to main content

Malaysia

18 remaja disyaki terlibat kongsi gelap direman untuk siasatan - Polis

41493978097_geng.jpg
Polis hari ini mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk menahan reman 18 remaja lelaki termasuk 14 pelajar berumur 15 hingga 17 tahun yang disyaki terlibat dengan kumpulan kongsi gelap, untuk siasatan.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mereka direman selama empat hari sehingga 8 Mei.

Semalam, polis menahan kesemua remaja terbabit kerana dipercayai terlibat dalam sambutan penubuhan kumpulan kongsi gelap Satu Hati atau Geng 35.

Penangkapan itu dibuat susulan gambar sekumpulan pelajar lelaki berpakaian sekolah dilihat memotong kek berbentuk ''35'', menjadi tular di laman sosial sejak dua hari lalu.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video