awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

182,409 lulusan SPM 2017 ditawarkan ke IPTA - Dr Maszlee

Bernama
Bernama
31/05/2018
10:44 MYT
182,409 lulusan SPM 2017 ditawarkan ke IPTA - Dr Maszlee
MASZLEE berkata mengambil maklum wujud rintihan dalam kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mendapat tempat di IPTA.
Sejumlah 182,409 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ditawarkan ke program prauniversiti, sijil dan diploma di universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran asas di seluruh negara bagi sesi akademik 2018-2019 pengambilan Jun.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata jumlah itu termasuk 17,338 daripada keluarga berpendapatan rendah B40, 299 individu kelainan upaya (OKU), 348 Orang Asli dan 1,225 atlet sukan.
"Jumlah ini merupakan peningkatan 22 peratus daripada tahun lepas, yang mana kerajaan hanya menawarkan sekitar 149,000 tempat sahaja," katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada lepasan SPM 2017, di sini hari ini.
Maszlee berkata beliau mengambil maklum wujud rintihan dalam kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mendapat tempat di IPTA walaupun kerajaan telah cuba memastikan semua pelajar yang layak dapat melanjutkan pelajaran.
"Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan berpegang dengan sikap bahawa kami akan cuba membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosioekonomi mereka," katanya.
Maszlee berkata jika ada pihak yang tidak berpuas hati, mereka disarankan untuk merayu kepada Jabatan Pendidikan Tinggi dan beliau memberi jaminan semua rayuan akan diberi perhatian adil dan saksama.
"Kita tidak akan sesekali mendiskriminasi sesiapa, tetapi kita perlukan ibu bapa membuat rayuan supaya kita tahu mengenai kes-kes yang wujud dan akan cuba bantu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Institusi Pendidikan Tinggi Awam
#kerajaan
#Maszlee Malik
#pelajar
#pendidikan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan