KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 183 aduan dan 81 maklumat mengenai penjualan produk Ivermectin yang tidak berdaftar dan digunakan sebagai rawatan atau pencegahan COVID-19 sepanjang 2020 hingga 12 Okt lepas.
Kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen menyatakan berdasarkan pengesahan yang dibuat, 43 premis diserbu dan 17 pemeriksaan dilakukan tahun ini dengan nilai rampasan berjumlah RM124,815.
Menurut KKM, 17 premis pula diserbu pada tahun lepas dengan nilai rampasan berjumlah RM7,193.
KKM juga meningkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan melibatkan pengiklanan dan penjualan Ivermectin secara dalam talian.
"Terdapat pengiklanan dan penjualan keluaran Ivermectin di platform e-dagang telah diarah untuk diturunkan dan sejak tahun lepas, pihak syarikat pengendali platform diarah menyekat sebarang produk ubat-ubatan berkaitan COVID-19," menurut kementerian itu.
Kementerian berkenaan menjawab pertanyaan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang ingin tahu usaha kerajaan dalam mengekang isu penjualan produk Ivermectin tidak berdaftar dan digunakan sebagai rawatan atau pencegahan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
KKM juga meningkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan melibatkan pengiklanan dan penjualan Ivermectin secara dalam talian. - Gambar/ Reuters
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Ivermectin tidak berkesan cegah gejala teruk COVID-19 - Kajian penyelidik Malaysia
Kumpulan penyelidik Malaysia dipetik sebagai berkata, penemuan mereka itu sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19.
KKM cadang laksana kajian klinikal guna Ivermectin ke atas kontak rapat COVID-19
Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) masih menunggu kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk melaksanakan kajian klinikal ini.
Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham
Keputusan itu dikeluarkan susulan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-Tech) ke atas 500 pesakit COVID-19 melibatkan kategori 2 atau 3.
Keputusan kajian Ivermectin akan dibentangkan minggu hadapan
Khairy berkata kajian tempatan berkaitan ubat tersebut sudah selesai dan keputusan sudah diperolehi.
Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan
Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.
Penggunaan Ivermectin hanya untuk tujuan ujian klinikal - MPS
KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.
Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.
Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen PH dikritik desak guna Ivermectin rawat COVID-19
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dikiritik pengamal perubatan dan netizen kerana mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.
Penggunaan Ivermectin: Tunggu keputusan ujian klinikal KKM - Pakar kesihatan
sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan evidence-based medicine, dan KKM dijangka mengeluarkan keputusan berhubung ujian klinikal Ivermectin pada September ini.