awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18,547 kes COVID-19 hari ini, Sarawak rekod 3,200 jangkitan

Fareez Azman
Fareez Azman
07/09/2021
07:13 MYT
18,547 kes COVID-19 hari ini, Sarawak rekod 3,200 jangkitan
Sebanyak 18,547 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 1,880,734. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 18,547 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 1,880,734.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, negeri Sarawak mencatat 3,200 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Kata Dr Noor Hisham, tiga buah negeri mencatatkan jumlah kes melebihi 2,000 iaitu Selangor dengan 2,407 kes diikuti Johor (2,174 kes) dan Sabah (2,107 kes).
Dalam hantaran di Twitter beliau hari ini, beliau turut berkata, negeri-negeri yang mencatatkan jumlah kes melebihi1,000 pula ialah Pulau Pinang sebanyak 1,776 kes, Kedah (1,487 kes), Kelantan (1,458 kes) dan Perak (1,197 kes).
Dalam tempoh yang sama, ujar Dr Noor Hisham, negeri-negeri yang merekodkan kes di bawah 1,00 ialah Pahang dengan 742 kes, Terengganu (645 kes), Kuala Lumpur (631 kes), Melaka (448 kes) dan Negeri Sembilan (229 kes).
Tidak ketinggalan Putrajaya, Perlis dan Labuan pula masing-masing mencatatkan 22, 20 dan empat kes.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 18,902 pesakit yang pulih direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 1,609,930 kes bersamaan 85.6 peratus.
Manakala sebanyak 1,318 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 735 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 7 September 2021, 12:00 Tengah Hari) Bilangan kes baharu18,547 kes Bilangan kes kumulatif 1,880,734 kes
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 7, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan